Daya Tahan Berubah Ibu Hamil Mudah Diserang Penyakit
Tampil
sihat kala hamil amat memang wajib bagi bakal ibu. Apatah lagi, wanita
hamil bukan lagi sendirian, tetapi berdua bersama kandungan mereka.
Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar janin dan diri sihat
sepanjang menempuh sembilan bulan kehamilan.
Namun,
perlu diketahui sepanjang sembilan bulan itu tahap imunisasi wanita
hamil jadi berubah. Wanita hamil lebih mudah berhadapan dengan risiko
penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
Semasa
berada dalam kandungan, janin sudah mempunyai sebahagian daripada DNA
ayahnya. Keadaan itu juga membuatkan sistem daya tahan tubuh ibu
menganggapnya sebagai ‘benda asing’. Oleh sebab itulah sepanjang
kehamilan, sistem daya tahan ibu berubah agar tidak membahayakan janin
dalam kandungan.
Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini
termasuklah :
• Peningkatan penghasilan sel
makrofaj yang berfungsi untuk menghapuskan bakteria, tetapi ia tidak
memberi jaminan dapat melindungi anda dari dijangkiti bakteria.
• Aktiviti sel NK (pembunuh semula jadi), sel darah putih yang menyerang sel-sel yang telah dijangkiti virus atau sebahagian dari tumor jadi berkurangan.
• Aktiviti sel T berkurangan. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan virus.
• Berkurangnya penghasilan sitokinesis iaitu sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imunisasi untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan kuman.
• Aktiviti sel NK (pembunuh semula jadi), sel darah putih yang menyerang sel-sel yang telah dijangkiti virus atau sebahagian dari tumor jadi berkurangan.
• Aktiviti sel T berkurangan. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan virus.
• Berkurangnya penghasilan sitokinesis iaitu sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imunisasi untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan kuman.
Punca Daya Tahan Rendah
Rentetan dari fungsi sel T yang menurun menyebabkan wanita hamil mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, sistem daya tahan penyakit pada tubuh wanita hamil berubah berbanding dalam keadaan normal. Justeru, penyakit yang berpunca daripada virus akan lebih banyak dialami oleh wanita ketika dirinya hamil.
Rentetan dari fungsi sel T yang menurun menyebabkan wanita hamil mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, sistem daya tahan penyakit pada tubuh wanita hamil berubah berbanding dalam keadaan normal. Justeru, penyakit yang berpunca daripada virus akan lebih banyak dialami oleh wanita ketika dirinya hamil.
Daya tahan imunisasi wanita juga boleh turun lebih rendah disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
• Perubahan cuaca yang keterlaluan dari panas melampau jadi sejuk
• Berinteraksi dengan ramai orang terutama yang tidak sihat.
• Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat misalnya kekurangan nutrisi.
Penurunan
daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit di kalangan wanita hamil
juga boleh membahayakan nyawa janin. Misalnya jangkitan pada penyakit
seperti demam dan batuk.
Apabila bakal ibu
diserang penyakit, dua kemungkinan yang cukup dibimbangkan adalah janin
turut mengalaminya dan ubatan yang perlu diambil agar tidak membahayakan
nyawa janin. Jangkitan kuman yang dialami bakal ibu juga perlu diawasi
sama ada ianya boleh mendatangkan risiko kepada janin atau sebaliknya.
Apatah lagi, jika ia mampu mengundang risiko keguguran, kelahiran
pramatang, janin lahir cacat atau meninggal semasa dalam kandungan.
Sebaik-baiknya
bakal ibu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil ubat-ubatan bagi
merawat penyakit yang dialami. Wanita hamil perlu mendapatkan preskripsi
daripada doktor dan tidak boleh sekadar membelinya di kaunter jualan.
Hal
ini kerana dikhuatiri ubat-ubatan tadi akan memberi kesan sampingan
kepada janin. Preskripsi ubatan yang diberikan oleh doktor selalunya
lebih tepat bagi mengatasi penyakit. Lagipun, ada banyak ubat yang
selamat untuk wanita hamil malah bakal ibu tidak perlu khuatir ia akan
mengundang bahaya kepada janin.
5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit
Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.
1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang
mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari,
cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang
hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya
mengangkat perabot dan sebagainya.
2. Hindari diri daripada tekanan.
Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui
ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat
dan gaya hidup yang seimbang.
3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh
wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian
dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga
cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.
4.
Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk
mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid
folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin
cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang
kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi
pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan
vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.
5.
Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri.
Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi
manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering
muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang
terbuang di pagi hari itu.
Sumber : Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment