Leukaemia
(leukemia) merupakan satu penyakit kanser yang melibatkan pertambahan
sel darah putih dalam badan manusia. Penghidap penyakit leukemia
mempunyai begitu banyak sel darah putih, namun darah putih yang
dihasilkan ini tidak matang dan penghidap tidak mampu melawan penyakit,
walaupun penyakit yang biasa dihadapi oleh orang ramai.
Penyakit ini boleh terjadi
akibat pelbagai faktor. Faktor fizikal yang membawa kepada penyakit ini
ialah terdedah kepada sumber radioaktif yang berintensiti tinggi dan
dalam tempoh yang lama. Pekerja pekerja lombong radionukear selalu
menghadapi penyakit leukemia. Faktor kimia turut menyumbang. Penggunaan
kemoterapi bagi mengubati penyakit kanser tertentu boleh mendatangkan
kerosakan kepada DNA sel yang giat membahagi. Di dalam badan kita, bukan
sahaja sel sel kanser yang giat membahagi, sel tulang sum sum yang
bertindak sebagai kilang menghasilkan sel darah putih dan darah merah
turut menerima kesan kemoterapi tersebut. Kesannya, penerima rawatan
kemoterapi berkemungkinan menghidapi masalah leukemia pula. Faktor
genetik juga turut menyumbang kepada masalah leukemia. Dalam orang orang
yang menghadapi masalah Philadelphia dan penghidap Sindrom Down, mereka
lebih mudah mendapat penyakit leukemia.
Sewaktu penyakit ini mula
terjadi, penghidap leukemia akan menghadapi masalah pertambahan sel
darah merah yang melampau. Pertambahan sel darah merah berlaku hampir
dua kali ganda (dari 5 000 000 per mikroleter) yang melampau membawa
kepada peningkatan kelikatan darah (blood viscosity). Ini seterusnya
membawa kepada rintangan darah yang tinggi, dan menyebabkan kerosakan
jantung. Selain jantung, organ organ yang mempunyai jaringan salur darah
yang banyak turut terjejas. Antaranya ialah salur darah di buah
pinggang, kelenjar pituitari (otak) dan paru paru. Penghidap leukemia
pada awalnya akan menghadapi masalah oliguria (kurang penghasilan air
kencing) dan menghadapi masalah dalam mengawal atur paras hormon dalam
badan.
Setelah masa berlalu, sel darah
putih dalam penghidap leukemia mula membahagi dengan banyak dan
cepatnya. Kita boleh bahagikan kepada dua golongan penghidap leukemia.
Penghidap leukemia acute dan leukemia kronik. Dalam penghidap leukemia
acute, sum sum tulang akan menghasilkan sel darah putih dalam kuantiti
yang banyak dan tidak matang secara serta merta, menyebabkan para ahli
Patologi berjaya mengesan penyakit ini dengan memerhatikan kewujudan
hanya peringkat sel darah putih iaitu sel matang dan tidak matang,
peringkat sel pertengahan tidak kelihatan di bawah mikroskop. Penghidap
lukemia kronik pula menghadapi masalah pertambahan sel darah putih yang
agak lambat, membolehkan ahli patologi mengesan kehadiran semua
peringkat sel darah putih (tidak matang, pertengahan dan matang) di
dalam darah, tetapi dalam kuantiti yang amat banyak.
Terdapat dua pecahan besar
penyakit leukemia, iaitu mylocytic leukemia dan lymphoblastic leukemia.
Myelocytic leukemia merujuk kepada pertumbuhan sel bergranul
(terutamanya neutrofil, sejenis sel yang berfungsi membunuh bakteria
dalam badan). Pecahan kedua ialah lymphoblastic leukemia, yang merujuk
kepada sel T dan B di dalam badan, atau dipanggil lymphoma. Pertumbuhan
sel B yang melampau contohnya boleh membawa kepada multiplt myeloma,
penyakit yang menyebabkan pertambahan kandungan antibodi tidak berfungsi
dalam badan. Antibodi tidak berfungsi ini, menurut Profesor Kuba,
menyebabkan gejala amyloidosis yang mengganggu sistem perkumuhan dan
kawal atur hormon dalam darah.
Akibat badan terlalu tertumpu menghasilkan sel darah putih, kesannya ialah badan kurang menghasilkan sel darah merah dan platelet (yang digunakan untuk membekukan darah apabila seseorang terluka, mengelakkan pendarahan berterusan). Kekurangan sel darah merah ini dipanggil anemia, boleh menyebabkan badan berasa amat lemah dan muka kelihatan begitu pucat sekali. Walaupun pada peringkat awal penghidap leukemia mempunyai terlebih kandungan sel darah merah, namun di peringkat seterusnya, penghidap leukemia mempunyai kandungan sel darah merah yang berkurangan. Penghidap leukemia juga sering kali kelihatan lebam lebam pada muka dan badan mereka akibat pendarahan dalaman yang berpunca daripada kurang kandungan platelet dalam darah
Akibat badan terlalu tertumpu menghasilkan sel darah putih, kesannya ialah badan kurang menghasilkan sel darah merah dan platelet (yang digunakan untuk membekukan darah apabila seseorang terluka, mengelakkan pendarahan berterusan). Kekurangan sel darah merah ini dipanggil anemia, boleh menyebabkan badan berasa amat lemah dan muka kelihatan begitu pucat sekali. Walaupun pada peringkat awal penghidap leukemia mempunyai terlebih kandungan sel darah merah, namun di peringkat seterusnya, penghidap leukemia mempunyai kandungan sel darah merah yang berkurangan. Penghidap leukemia juga sering kali kelihatan lebam lebam pada muka dan badan mereka akibat pendarahan dalaman yang berpunca daripada kurang kandungan platelet dalam darah
No comments:
Post a Comment