Thursday 4 October 2012

RESDUNG

RESDUNG



APA ITU RESDUNG?

Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut:

  • HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
  • MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
  • MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
  • BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
  • KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
  • MULUT nafas berbau, sakit gigi.
Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.
Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.
Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.

MENGAPA RESDUNG TERJADI?
Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana :

  • Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
  • Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
  • Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
  • Jangkitan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget (“deviated nasal septum”).
  • Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
  • Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.
BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG?
Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti :

  • Jaga Pemakanan

Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.

Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitiviti setiap individu.
  • Jaga Kebersihan Sekeliling

Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.




KETAHUI KHASIAT & KEHEBATAN JELI GAMAT GOLD DI SINI !!!

1 comment:

  1. Selain dari itu aspek keturunan pun boleh menjadi punca-punca seperti alergic dan sensitif udara yang kotor dan tercemar. Oleh yang demikian dari aspek kebersihan diri mempunya peranan penting seperti cadar , bantal dan juga habuk rumah perlu sentiasa bersih.

    Jika sensitfi pada habuk perlu menggunakan penutup hidup dan mulut salah satu cara untuk mencegah resdung semasa membersihkan rumah. Kerana kadang-kadang ada pengidap boleh kena habuk menyebabkan bersin dan selsema teruk.

    Pemakanan perlu dijaga kerana dapat meningkatkan antibodi seperti mengambil makanan tambahan Vitamin C. Dengan juga memakan makanan herba juga dapat mencegah penyakit resdung melalui pengambilan ubat herba www.sinusking.com.

    Sentiasa juga melakukan senaman kerana ia akan meningkatkan sistem antibodi dan proses membuang toksin dalam badan berlaku semasa senaman.

    ReplyDelete