Penyakit Alzhimer menjadi penyakit yang
sering menyerang kaum tua. Ia dapat dicirikan dengan peningktan
kekeliruan, kehilangan memori, apati, dan depresi yang teruk.
Apabila kerosakan fungsi mental berlaku
terutama gangguan memori jangka masa pendek boleh menjadi lebih teruk
sehingga pesakit tidak berupaya untuk menguruskan hal-hal penjagaan diri
sendiri.
Punca
Sebab penyakit Alzhimer berlaku masih
tidak dapat dipastikan. Beberapa ahli kaji USA percaya bahawa faktor
genetik merupakan faktor yang paling mungkin menyebabkan keadaan ini.
Makanan yang dimasak memalui bekas
aluminium boleh menyebabkan pencernaan yang lemah terhadap kepekatan
tinggi garam mineral. Jangan sekali-kali gunakan kuali aluminium untuk
memasak makanan berasid seperti rhubarb, acar, jem limau atau tomato,
kerana kepekatan asid tinggi mereka boleh meningkatkan amaun aluminium
yang dimakan.
Silikon, dalam bentuk asid silisik,
mengelakkan badan kita daripada menyerap aluminium. Sumber-sumber
silikon termasuklah alfalfa, rumpai laut, kobis, salad, bawang, sayuran
hijau dan susu. Satu jenis silikon didapati dalam barli yang tumbuh
semasa menjerang bir, dengan itu satu cubitan kecil setiap hari atau
setiap dua hari dibukti membantu dalam keadaan penyakit Alzhimer.
Bagaimanapun, pengambilan alkohol yang berlebihan perlu dielakkan.
Langkah Mengawal
-
Memperbanyakkan ubi kentang, bayam, ofal, kacang soya, sayur-sayuran hijau
-
Mengurangkan ingesi tablet antasid
-
Mengelakkan masakan makanan berasid, seperti yamg dimasak dalam kuali aluminium, penambah makanan , terlalu banyak alkohol
No comments:
Post a Comment