Thursday 4 October 2012

TUMIT MEREKAH

TUMIT KAKI MEREKAH



Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.

Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.

Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah
  • Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
  • Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

Kematu di Tumit Kaki
  • Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  • Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.


KETAHUI KHASIAT & KEHEBATAN JELI GAMAT GOLD DI SINI !!!

No comments:

Post a Comment