Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa
nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk
bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana
mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur
kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada
juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa
penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak? |
Bakteria |
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang
membiak di dalam mulut. ini hidup dan membiak dengan menggunakan
lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini
merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur
(Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan
bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah
kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti
celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat
pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di
celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga
susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema,
alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat.
Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di
tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat
persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda
mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal
disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini
menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda
dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam
ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak. |
Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur |
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut
anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang
cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa
tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau
mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi
likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan
menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan
sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah
mulut kita berbau sepanjang masa.
|
Punca Kekurangan Air Liur |
|
- Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai
cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air
liur
- Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine,
penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan
ubat-ubatan tersebut
- Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- Stress : mengurangkan pengaliran air liur
|
Rawatan |
Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung
pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer
adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah
rawatan utama bagi kanser kolorektal. Berapa banyak kolon anda dibuang
atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi
merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser
itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa
nodus atau bahagian tubuh anda yang lain. |
Bagaimana Nak Tahu Yang Anda Mempunyai Masalah Mulut Berbau? |
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai
masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau
mulut.
Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang
rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa
atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang
yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda
boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi (
halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
|
Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini? |
|
- Membersihkan gigi setiap hari.
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul
setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan
yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan
menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.
- Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda
kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah
masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda.
- Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa
menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda,
selebihnya masih kotor.
- Membersihkan lidah setiap hari
- Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.
Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan
juga di bahagian belakang lidah.
- Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah
(tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah
di belakang kepala berus gigi.
- Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk
memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus
dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
- Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari.
Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa
meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan
sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami
masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu
bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa
berair.
- Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan
sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia
kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
- Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
- Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau
nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat
punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat
sementara.
- Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh
menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan
bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jika hendak menggunakan ubat kumur,
pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
- Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan
tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula.
Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan
pengeluaran air liur akan di rangsang.
Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman
pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan
poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di
antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
- Gusi yang bengkak dan merah
- Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- Gusi yang sakit
- Nanah keluar dari gusi yang bengkak
- Gigi bergoyang
- Gigi sensitif
- Sakit pada gigi ketika mengunyah
- Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda
dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau
pada mulut anda.
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang
setahun sekali. Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai
masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk
pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap
kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan
dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya
sebelum ia menjadi teruk.
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment