Meningitis ialah
radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.
Meningitis yang
disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa
rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula
adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang
pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.
Meningitis merupakan
satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan
kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur
kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum.
Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama
dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga,
bronkiolitis dan jangkitan air kencing.
Oleh itu, hanya
apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis
beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture"
adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum
halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan
dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak.
Doktor dapat
membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan
penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan
yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar
puncture". Tanpa rawatan, meningitis boleh mengakibatkan kesan buruk
seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian
Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan
meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B)
Penyebab penyakit
meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B,
Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus
piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus.
Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh
neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini
tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau
pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan
menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak
lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan
lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu
penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.
Sebelum ini, vaksin
bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C
telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis
disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan
meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi
kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini
haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara
ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh
mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria
Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh
mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria
meniningitis.
Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
~Demam
~Kurang selesa.
~Enggan minum.
~Sakit kepala.
~Menangis berterusan.
~Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
~Kurang selesa.
~Enggan minum.
~Sakit kepala.
~Menangis berterusan.
~Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
Tanda akhir serangan Meningitis:
~Muntah.
~Sawan.
~Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
~Lemah.
~Ruam seperti lebam-lebam.
~Tidak sedar.
~Muntah.
~Sawan.
~Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
~Lemah.
~Ruam seperti lebam-lebam.
~Tidak sedar.
~Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.
Terdapat individu yang
mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan
gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria
(carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu
lain.
Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria Neisseria meningitides, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).
Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria Neisseria meningitides, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).
Bakteria Neisseria meningitides terbahagi kepada beberapa jenis atau serotype. Serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype A, B, C, Y dan W135. Di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype B dan C. Di Asia, ialah serotype A dan C manakala serotype W135 ialah jenis yang sering ditemui di kalangan jemaah haji. Serotype Y pula dikatakan semakin meningkat di Amerika Syarikat.
CARA JANGKITAN
Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafasan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).
MEREKA YANG BERISIKO
- Jangkitan mudah merebak di kalangan:
- Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
- Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.
GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda penyakit ialah:
- Demam dengan suhu yang tinggi
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Kekejangan pada leher
- Kekeliruan
- Mengantuk
- Ruam/bintat merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Gejala ini membezakan meningococcal meningitis dari meningitis yang lain. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.
DIAGNOSA
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
- ujian mikroskopik
- ujian biokimia
- ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture (lihat gambar 3).
Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
- ujian darah
- CT-scan.
RAWATAN
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.
- Demam dengan suhu yang tinggi
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Kekejangan pada leher
- Kekeliruan
- Mengantuk
- Ruam/bintat merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Gejala ini membezakan meningococcal meningitis dari meningitis yang lain. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.
DIAGNOSA
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
- ujian mikroskopik
- ujian biokimia
- ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture (lihat gambar 3).
Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
- ujian darah
- CT-scan.
RAWATAN
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.
PENCEGAHAN
Terdapat dua cara mencegah meningococcal meningitis:
Terdapat dua cara mencegah meningococcal meningitis:
1. Kemoprofilaksis. Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko.
Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.
2. Imunisasi. Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji. Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:
- Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.
- Vaksin bivalent untuk serotype A dan C
- Vaksin conjugate untuk serotype C.
Para jemaah haji diberi vaksin quadrivalent.
Sehingga kini belum ada vaksin yang dihasilkan bagi serotype B.
Sehingga kini belum ada vaksin yang dihasilkan bagi serotype B.
KOMPLIKASI
- Kecacatan otak
- Hilang pendengaran
- Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.
- Kematian.
No comments:
Post a Comment