Thursday 11 October 2012

KATARAK



Katarak adalah keadaan dimana kanta mata bertukar daripada jernih kepada kabur. Penglihatan anda menjadi kabur disebabkan oleh cahaya tidak dapat melalui kanta yang telah legap untuk kebahagian belakang mata (retina).




Punca-punca katarak:
  • Peningkatan usia
  • Kecederaan mata
  • Dadah (steroid)
  • Terdedah kepada radang mata berpanjangan
  • Penyakit keturunan (kelahiran tidak cukup bulan)
  • Kecacatan sewaktu dilahirkan
Tanda-tanda dan simptom
  • Penglihatan yang kurang jelas dan kabur
  • Melihat imej berganda
  • kesukaran membaca perkataan yang kecil
  • Sensitif kepada cahaya yang terang atau berkilau
  • Penglihatan malam yang tidak baik
  • Warna kelihatan tidak terang (tidak seterang seperti sebelum ini dan kelihatan lebih kekuningan)
  • Kesukaran untuk melakukan tugas-tugas yang biasa dilakukan
  • Kerap menukar cermin mata atau kanta lekap
Bagaimana mengesan katarak
  • Ujian ketepatan penglihatan
  • Ujian pengembangan anak mata
  • Tonometri
Cara rawatan
  • Menggunakan cermin mata, kanta pembesar atau menggunakan cahaya yang terang
  • Pembedahan
Adakah pembedahan katarak berkesan?
Ia merupakan satu cara pembedahan yang paling selamat dan efektif. Didalam 90% kes yang telahdilaksanakan, penghidap katarak yang telah melalui pembedahan memperolehi penglihatan yang lebih baik.
Apabila katarak (iaitu kanta asal, telah dikeluarkan, satu implan atau kanta tiruan dimasukkan. Didalam kebanyakkan pembedahan, kanta intraokular (IOL). Ia merupakan kanta tiruan yang tidak memerlukan penjagaan khusus dan kanta ini akan menjadi kanta kekal bagi mata anda.

Bagaimana katarak dikeluarkan?

Ada 2 cara utama untuk mengeluarkan katarak.
  • Phamacoemulsification atau Phaco - Satu bukaan kecil dibuat disisi kornea. Doktor kemudiannya akan memasukkan satu alat ke dalam mata. Alat ini berfungsi menghasilkan gelombang ultra sound. Gelombang ini akan melembut dan seterusnya memecahkan katarak yang terdapat pada kanta. Selepas itu aia akan disedut keluar untuk proses pembersihan. Kanta tiruan akan dimasukkan bagi menggantikan kanta yang telah diselaputi katarak itu.
  • Ekstraksi katarak (ECCE) - Satu bukaan yang lebih besar dihasilkan di sisi kornea. Bahagian tengah kanta yang keras dikeluarkan. Lebihan kanta akan disedut keluar. Selepas itu kanta tiruan (IOL) dimasukkan. Bukaan disisi kornea ditutup dengan jahitan mikroskopik.
Apa yang perlu dilakukan sebelum pembedahan?
  • Beberapa ujian akan dijalankan. Ini termasuklah mengukur kelengkungan kornea, saqiz dan bentuk mata serta memilih kanta (IOL) yang sesuai. Doktor mungkin meminta anda supaya tidak makan atau minum selepas tengah malam untuk pembedahan pada pagi hari tersebut.
Apa yang perlu dilakukan pada hari pembedahan?
Apabila anda berada di hospital, anada akan di titiskan ubat mata untuk mengembangkan anak mata. Kemudian kawasan disekeliling mata anda akan dibersihkan. Pembedahan biasanya mengambil masa satu jam dan ianya tidak begitu menyakitkan. Anda akan diberi ubat bius untuk mengebaskan saraf-saraf disekeliling mata anda.

Apa yang berlaku selepas pembedahan?
Penglihatan anda akan bertambah baik dalam masa beberapa hari walaupun tempoh masa pemyembuhan mengambil masa beberapa bulan.

Peringatan:
  • Elakkan daripada menggosok, memicit atau menekan mata anda. Sentiasa memakai pelidung mata apabila tidur.
  • Elakkan dari melakukan aktiviti besar seperti mengangkat benda-benda berat dan dan membongkokkan badan.
  • Jika terdapat banyak lelehan yang keluar dari mata, bersihkannya dengan menggunakan kapas, elakkannya daripada sebarang tekanan terhadap mata.
  • Ubat mata yang diberikan untuk mata anda, ikut arahan dan dapatkan bekalan ubat baru jika kehabisan.
  • Anda boleh menonton televisyen dan membaca.
  • Anda boleh melakukan aktiviti luar seperti berjalan dan memandu.
  • Lindungi mata anda daripada cahaya yang terang dengan kaca mata hitam.
  • Basuh rambut anda secara kebelakang selama 2 minggu selepas pembedahan.
  • Jika terasa sakit, anda perlu menghubungi doktor.
  • Cermin mata baru akan diberikan selepas empat atau lapan minggu pembedahan.
  • Anda boleh melaksanakan kerja rumah yanga ringan seperti memasak.
  • Berapa lama anda tidak bekerja bergantung kepada jenis pekerjaan yang anda lakukan.
  • jika anda berumur 60 tahun keatas, anda seharausnya melakukan pemeriksaan mataa dengan anak mata dikembangkan setiap 2 tahun sekali.
Sumber : Buku Informasi Mata, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn/Harian Metro

No comments:

Post a Comment