Apa itu kanser Payudara?
Kanser payudara marupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia.
Kanser payudara berpunca dari sel- sel dalam tisu payudara yang
berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan
dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa
dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru- paru dan hati.
Apa Menyebabkan Kanser Payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas
adalah berisiko menghadapi kanser payudara. Faktor- faktor berikut
mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
- Usia yang meningkat.
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun.
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah satu kanser yang paling mudah dikesan.
Pegesanan boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Pegesanan boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Bila Mesti Melakukan PSP?
Anda
mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP
mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya
haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah
putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap
bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau
terakhir pada bulan tersebut.
Bagaimana Melakukan PSP?
Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.
1. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin.
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua- dua puting payudara.
Kedudukan 1
Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.
Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.
Kedudukan 2
Angkat kedua- dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.
Kedudukan 3
Berdiri
tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan
ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara
Kedudukan 4
Tegangkan otot- otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
Tanda- Tanda Amaran Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemeriksaan.
- Benjolan di payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
- Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
- Puting payudara tertarik ke dalam.
Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara
2. Mengesan Perubahan Dengan Cara Berbaring
Langkah 1:
Persediaan
Persediaan
Mulakan
dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan
kedua- dua lutut anda. Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah
dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan
diperiksa.
Kemudian
letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.Gunakan tangan kiri anda
untuk memeriksa payudara kanan anda.Gunakan tapak jari- jari anda untuk
memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa payudara anda dengan
menggunakan kaedah- urutan menegak (Vertical Strip) dan Kaedah pusingan
(Circular).
Langkah 2:
Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
Periksa
seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang
selangka di bahagian atas ke garis- kutang (bra- line) di bahagian
bawah; dan dari garis- tengah di bahagian bawah ketiak anda. Menggunakan
tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan
ringan dan tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan
atau penebalan.gerakkan tangan anda perlahan- lahan ke bawah ke arah
garis- kutang menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat di setiap
tempat. Di bahagian bawah garis- kutang, bergerak lebih kurang dua
sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju ke tulang selangka anda
dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah
mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.
Langkah 3:
Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
Bermula
di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah
sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau
penebalan yang luar biasa. Buat sekurang- kurangnya tiga pusingan kecil
sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali,
sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa
periksa bahagian bawah areola ( kawasan hitam ).
Langkah 4:
Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
Menggunakan
kedua- dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat samaada
terdapat sebarang lelehan luar biasa dari puting payudara.
Langkah 5:
Memeriksa Ketiak Anda
Memeriksa Ketiak Anda
Jatuhkan tangan kanan anda di sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI
Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga ke langkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.
Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan Kanser?
9
daripada 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser.
Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam
payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
No comments:
Post a Comment