Thursday 4 October 2012

EKZEMA


Masalah keturunan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SETIAP kali melakukan kerja di tengah panas, ruam kecil akan muncul di tangannya. Gatalnya hanya tuhan yang tahu terutama apabila terkena peluh. Makin digaru, makin banyak pula yang tumbuh sehingga kadang kala menjadi kudis besar.

Bermacam ubat dicuba tetapi masalah kulit sensitif yang dialaminya masih tidak hilang. Selalunya ia mengambil masa satu hingga dua bulan untuk sembuh, itupun jika dia dapat menahan keinginan 'menggaru' dan sentiasa menyapu ubat pada bahagian yang gatal.

Gejala di atas adalah sebahagian daripada masalah keradangan kulit atau lebih dikenali sebagai ekzema. Ekzema adalah istilah umum kepada atopik dermatitis (alahan kulit) yang berlaku pada kebanyakan orang.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak kecil. Kajian mendapati hampir 10 peratus bayi berumur tiga hingga enam bulan mengalami ekzema, 40 peratus berlaku pada bayi yang berumur 18 bulan ke atas dan 60 peratus di kalangan remaja.

Menurut Pakar Kulit, Dr Ruban Nathan, masalah alahan kulit atau ekzema boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur dan pada bila-bila masa. Biasanya ia berlaku pada bayi seawal usia dua bulan dan kanak-kanak berumur dua tahun.

Hampir 75 peratus pesakit mula mengalami masalah ketika berumur enam bulan dan 90 peratus lagi mendapat ekzema selepas berumur setahun. Malah, ekzema juga kini sudah menjadi masalah biasa di kalangan kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ramai individu yang mengalami ekzema turut mempunyai masalah alahan rinitis dan asma.

Apabila ekzema menyerang, kulit akan menjadi merah, kering, radang dan terasa amat gatal. Kawasan yang kerap dilanda masalah ialah tangan, pergelangan tangan, leher, muka, kulit kepala, siku dan kaki.

Bagaimanapun, dalam kes yang teruk ia boleh membabitkan seluruh badan termasuklah di kemaluan. Apabila digaru, ia menjadi semakin besar dan kadang kala boleh berdarah.

Gejala alahan kulit ini datang dan pergi. Masalah hanya akan timbul apabila seseorang itu terdedah kepada faktor yang merangsang alahan. Sehingga kini punca sebenar alahan masih belum diketahui tetapi ia dipercayai disebabkan tindak balas tidak normal sistem pertahanan badan terhadap persekitaran.

Ia adalah masalah keturunan dan individu yang mempunyai sejarah keluarga mengalami ekzema berisiko tinggi mendapat masalah yang sama. Walaupun rupanya agak buruk dan menakutkan tetapi ekzema tidak berjangkit serta mudah dirawat.

"Setiap orang mengalami alahan yang berbeza. Biasanya agak susah hendak menentukan faktor yang menyebabkan seseorang itu alah.

Pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan masalahnya.

"Makanan biasanya bukan penyebab alahan kulit walaupun ramai yang kata mereka alah pada makanan laut. Jika seseorang itu alah pada makanan, dia akan mengalami masalah gatal-gatal dalam masa 20 hingga 30 minit selepas makan. Ada juga yang berasa gatal sebaik menyentuh makanan berkenaan," katanya.

Pencetus alahan

Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan kulit dan ia berbeza antara setiap pesakit. Pesakit boleh alah kepada banyak benda seperti sabun, habuk, sengatan serangga atau alat yang dibuat daripada logam.

Ada pesakit yang alah kepada nikel. Ini bermakna dia tidak boleh memakai sebarang alat yang dibuat daripada nikel termasulah tali pinggang atau lencana besi walaupun ia berlapik. Ini kerana serbuk nikel boleh terkena pada kain dan mencetuskan keradangan kulit.

Malah, ada individu yang tidak boleh bersentuhan dengan permukaan kasar seperti kain keras. Ini menyebabkan kulitnya berasa gatal. Masalah menjadi lebih buruk apabila individu berkenaan berpeluh kerana peluh mengandungi urea (bahan toksin) yang akan menyebabkan rasa lebih gatal.

Sekiranya langkah rawatan disenaraikan tidak berjaya mengurangkan masalah alahan kulit, Dr Ruban menasihatkan mendapatkan nasihat pakar. Ada beberapa ubat yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini seperti ubat sapu steroid dan imunomodulator, antibiotik dan antihistamin.

Malah, pengambilan pil makanan tambahan seperti probiotik (bakteria baik untuk sistem usus) juga terbukti membantu mengurangkan keradangan atau alahan kulit kerana ia meningkatkan sistem imun badan.

Kajian mendapati pengambilan probiotik ketika mengandung dan selepas melahirkan anak mampu meningkatkan daya ketahanan badan kedua-duanya serta mengelakkan masalah alahan pada si kecil.

"Paling penting ialah hentikan menggaru kulit yang gatal. Ia hanya akan memburukkan keadaan kerana apabila bakteria masuk ke dalam badan ia boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan walaupun menggaru itu boleh memberikan kelegaan sementara.

"Langkah pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dengan pakar kulit. Ramai orang cuba mengubati diri sendiri dengan membeli ubat di farmasi tanpa mendapatkan pandangan dan panduan pakar. Ini langkah kurang praktikal kerana ramai yang tidak pasti dengan masalah mereka sendiri," katanya.

Rawatan alahan


KATA Dr Ruban, cara yang paling berkesan ialah cuba mengelakkan alergen iaitu faktor pencetus alahan. Bagaimanapun, cara ini agak sukar dipraktikkan terutama jika seseorang itu alah terhadap makanan tertentu. Bahkan agak mustahil juga untuk mengelakkan diri daripada berada dalam persekitaran panas kerana iklim negara kita yang panas sepanjang tahun.

Antara cara yang boleh diamalkan ialah:

-Memakai losyen pelembab setiap kali selepas mandi. Ia bertujuan 'mengunci' air yang masuk ke dalam sel kulit ketika mandi untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan keradangan atau kegatalan.

-Gunakan sabun yang lembut ketika mandi.

-Cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

-Pakai sarung tangan getah apabila membuat kerja rumah bagi mengelakkan kulit terkena bahan kimia dalam sabun atau serbuk pencuci.

-Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.

-Berhenti menggaru dan pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Pakaikan sarung tangan kepada bayi yang mengalami ekzema.

-Jangan pendam masalah. Ceritakan kepada kawan supaya masalah itu dapat diatasi. Jika masih tidak berjaya, dapatkan nasihat pakar supaya anda boleh mengendalikan tekanan dengan baik.

-Galakkan anak anda untuk meluahkan perasaannya.

-Belajar untuk bertenang dan berehat. Ini dapat mengurangkan tekanan dan risiko serangan ekzema.

-Letakkan ketulan ais atau air sejuk pada kulit yang gatal. Ia dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru.

-Pakai pelindung setiap kali keluar rumah seperti payung, topi atau setidak-tidaknya memakai baju berlengan panjang bagi melindungi pancaran matahari yang terik.

-Bersihkan rumah sekerap mungkin. Elakkan penggunaan permaidani yang banyak dalam rumah.

Pencetus alahan

SECARA umumnya faktor pencetus alahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

-Jangkitan ?Seperti yang disebabkan bakteria Staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan keradangan kulit. Kajian klinikal mendapati kebanyakan pesakit mengalami masalah ekzema akibat jangkitan bakteria.

Apabila dijangkiti, sistem imun akan bertindak balas berlebihan sehingga mengakibatkan kawasan dijangkiti terasa amat gatal. Menggaru memang membuatkan kita rasa 'sedap' tetapi tindakan ini sebenarnya memberi peluang bakteria memasuki badan dan menyebabkan lebih banyak keradangan.

Lebih banyak bakteria yang masuk ke dalam badan, lebih teruk gejala keradangan dan alahan yang dialami. Berita baiknya, bakteria ini boleh dikawal dengan pengambilan antibiotik sama ada secara sapu atau makan.

-Tekanan ?Ada orang mengalami keradangan kulit secara tiba-tiba walaupun mengambil langkah berjaga-jaga mengelakkan faktor pencetus alahan yang lain. Namun ramai yang tidak sedar tekanan boleh mencetuskan alahan kulit kerana ia melemahkan sistem pertahanan badan.

-Suhu ?Cuaca yang terlalu panas juga boleh merangsang alahan. Ini kerana pada suhu yang panas, badan akan mengeluarkan banyak peluh. Peluh yang mengandungi bahan toksin secara tidak langsung akan menyebabkan kulit menjadi gatal.

Keadaan ekzema sesetengah pesakit akan menjadi lebih buruk jika berjemur di bawah cahaya terik.

Bahkan perubahan suhu atau cuaca mendadak juga boleh merangsang keradangan dan alahan kulit.

Terlalu lama berada dalam persekitaran berhawa dingin juga tidak elok kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Justeru, pesakit disaran supaya kerap menyapu losyen bagi melembapkan kulit. Antara cara lain yang boleh digunakan ialah meletakkan bekas berisi air di meja bagi mengembalikan kelembapan kulit.

-Faktor lain seperti makanan (susu, produk tenusu dan telur), pewarna dan pengawet makanan juga boleh merangsang alahan. Selain itu habuk dan kutu rumah, sesetengah jenis sabun wangi dan serbuk pencuci juga boleh menjadi alergen terhadap alahan kulit.



EKZEMA (KANAK-KANAK)



Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.


Apa penyebab ekzema?
  • Keturunan.
  • Alahan
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
    • Infeksi virus.
    • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
    • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.


Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.


Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


KETAHUI KHASIAT & KEHEBATAN JELI GAMAT GOLD DI SINI !!!

1 comment: