LELAH - KANAK-KANAK
Satu contoh kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah boleh dilihat daripada riwayat kes dibawah ini.
Ismail yang berumur enam tahun dibawa oleh ibunya ke klinik kanak-kanak kerana selalu batuk. Dari umur setahun setengah lagi Ismail selalu dikatakan batuk terutamanya pada masa cuaca sejuk atau pada musim hujan. Dia selalu terjaga pada waktu malam dalam keadaan terbatuk -batuk dan sesak nafas dan kadangkala pernafasannya berbunyi. Rawatan yang diberi oleh doktornya kadangkala dapat mengurangkan keadaan ini tetapi penyakit ini selalu datang kembali . Di waktu dia bersekolah di tadika dia selalu tidak hadir. Ismail tidak dapat bermain bersama kanak -kanak lain kerana cepat penat. Guru sekolahnya mendapatisukar menumpukan perhatian pada pelajaran dan dia selalu terbatuk -batuk di dalam kelas.
Ismail merupakan seorang kanak -kanak yang besar kemungkinan mengalami keadaan yang dipanggil' asthma ' atau lelah. Lelah kerap berlaku di kalangan kanak -kanak. Adalah dianggap sebagai satu keadaan yang mencemaskan dan merbahaya tetapi dengan adanya maklumat -maklumat baru tentang penyakit ini dan ubat -ubatan yang sangat berkesan kini ia tidak lagi merupakan satu penyakit yang sukar diubati. Selain daripada rawatan , pengetahuan perlu diberi kepada ibu bapa kanak -kanak berkenaan supaya mereka sendiri dapat mengambil langkah -langkah untuk mencegah lelah. Jika penyakit ini tidak dikawal , tumbesaran , perkembangan intelek serta pergaul sosial dan keyakinan pada diri sendiri kanak -kanak yang menghidapinya mungkin rendah dan perasaan seperti ini akan berlanjutan hingga dia dewasa. Memandang kepada hakikat inilah maka adalah mustahak bagi ibu bapa mengenali tanda -tanda penyakit lelah supaya anak -anak mereka itu akan dapat diperiksa dan dirawat dengan sempurna.
Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah
ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan
seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini
dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak
mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di
kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.
Unsur
alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa
terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang
terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada
organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk
-habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh
lelah. Kanak -kanak bergini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus
yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.
Tekanan
emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada
suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif
yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi
perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur
lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti
jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.
Kanak
-kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana
saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan
dan gangguan emosi.
Seseorang
yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi (
wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di
waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran
pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit
ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada
pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam
terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah
bernafas ( nocturnal asthma ).
Para
penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur
alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh
sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat
dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum
dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan
melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan
pengeluaran bahan - bahan kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan
beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan
saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali
terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).
Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para
penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang
berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar .
Caranya ialah dengan mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil
IgE dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood )
selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam
keluarganya serta mempunyai tahap antibodi IgE yang tinggi dalam
saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap
penyakit lelah pada masa akan datang.
Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?
Ibu
bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah
berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan
yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara
pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan
berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan
ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak
itu tetapi memang diakui yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara
menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil
kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika
kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak
berupa bercakap , adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.
Ada
beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor
seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium
chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini
mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip
umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan ,
unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut
diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu
seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada
ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan
untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.
Satu
perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu
sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda -
benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini
menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini
memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada
paru - paru yang boleh membawa maut.
Bagaimana hendak mencegahnya
Pokok
dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur -
unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari
habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing , "pollen " dari pokok -
pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa
sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di
kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak -
kanak.
Merokok
dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh
menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan -
makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh
menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.
Walaupun
ukuran antiobodi IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri
adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam
keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru
dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan
peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa
pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan
boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.
Dalam
usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian -
ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian
ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur
alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.
Ujian
- ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu
sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini
tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.
Untuk
merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini
dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan
diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa
diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak -
kanak itu tidak terjejas.
Kesimpulan
Ibu
bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini
kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan
anak mereka itu. Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor
seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .
Ubat
- ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah
lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang
menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian
sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan
sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas
menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan
yang ada pada masa kini
No comments:
Post a Comment