Thursday 11 October 2012

Apakah maksud PENYAKIT TIROID



Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Anatomi dan Struktur

Kelenjar tiroid terdiri daripada dua lobe, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Kedua-duanya disambung oleh satu struktur (bridge) merentasi trakea yang dinamakan ithmus. Setiap lobe adalah berbentuk seperti buah pear. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang nipis dan juga pretracheal fascia. Kelenjar tiroid aksesori boleh ditemui di mana-mana, sepanjang susuran embriologikal kelenjar itu.



Ithmus dan Lobe Piramidal


Struktur ithmus menghubungkan lobe kiri dan lobe kanan. Anastomosis di antara arteri-arteri superior thyroid boleh ditemui di bahagian atas ithmus. Cabang-cabang vena inferior thyroid pula boleh ditemui di bahagian bawah ithmus. Kadang-kala lobe piramidal wujud dalam sesetengah orang. Lobe piramidal adalah struktur panjang yang mengunjur dari ithmus ke tulang rawan inferior hyoid.


 


Salur Darah

Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak berhampiran(di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati.


Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteri inferior thyroid yang merupakan cabang daripada thyrocervical trunk(cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima.


Fisiologi


Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin yang diambil dalam pemakanan manusia. Iodin ini akan bergabung dengan asid amino tirosina yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.


T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di bahagian otak.


Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh oleh hipotalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan tiroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah tiroid.


Penyakit kelenjar tiroid


Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:


* Perempuan

* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:


* Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

* Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :


* Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan

* Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
* Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:


* Bengkak di leher

* Cirit birit
* Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
* Gementar dan gelisah, terketar-ketar
* Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
* Kesuburan turun
* Penumpuan kurang
* Mata menjadi besar (bulging)
* Angin yang tidak menentu
* Kejang otot
* Oesteoporosis (kereputan tulang)
* Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
* Suhu badan naik, tak tahan panas
* Rambut tidak kuat
* Sukar bernafas
* Sukar tidur
* Tekanan darah naik
* Turun berat badan walaupun selera naik
* Lemah

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.


2 comments:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. jom brubat dgn sy dan sertai grup sy yg trdiri dari pd rmai psakit2 kanser yg dh smbuh dan psakit2 lain yg msih d rwat moga kita akan dpt manfaat bgai mna utk bjuang..smgt..mtivasi n rwatan2 dan bgai mna utk hdpi kimo tnpa bdn lemah2 dan mmpu hbis kn sesi kimo tnpa ksan smpingan kimo yg truk..jom ubt kn n rwatan2 herba utk knser…anda psti tkjut mlhat testmni sbnar yg tllu bnyk dgn plbgai ltar blakng psakit2 n kes2 knser

    ReplyDelete